Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Curabitur nec ipsum sollicitudin risus pulvinar dictum. Fusce elit ante,hendrerit non porta non,

Mengenai YIM

Dengan sokongan rapat dari Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, YIM ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menjuarai dan menggalakkan inovasi peringkat akar umbi, dan dengan berbuat demikian, mampu menggerakkan rakyat Malaysia untuk menerima dan mengamalkan Kreativiti dan Inovasi. Ini satu inisiatif yang amat berfaedah lebih-lebih lagi pada waktu negara memerlukan dorongan baru dan pemangkin untuk memajukannya ke masa hadapan yang lebih makmur.

Inovasi adalah enjin yang akan memacu kita ke masa depan yang cemerlang. Lebih-lebih lagi kini apabila terdapat begitu banyak jenis cabaran yang kita hadapi, ekonomi atau sebaliknya. Sesungguhnya, Kreativiti dan Inovasi akan menyemarakkan rakyat negara ini. Dan impaknya akan dirasai oleh semua segmen masyarakat kita, di sekolah-sekolah dan kolej-kolej kita, walaupun di peringkat akar umbi, dalam perniagaan, industri kita dan sebagainya.